Persatuan Pesakit Buah Pinggang Terengganu
PPBPT telah memulakan aktivitinya dengan membuka perkhidmatan hemodialisis Pusat Dialisis Iman pada 1 Sept 2004 bermula dengan sebuah mesin yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan beberapa peralatan yang disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Dan istiadat Melayu ( MAIDAM ) bertempat di sebuah rumah papan dua tingkat di Kampung Ladang Sekolah.
Seterusnya, Eastern Pasific Industrial Corporation Berhad ( EPIC) kemudiannya telah memberikan sumbangan kepada persatuan. Dengan sumbangan ini, Pusat dialisis yang dahulunya dikenali dengan Pusat Dialisis Iman telah berpindah ke Jalan Sultan Omar, Terengganu. Sumbangan ini juga membolehkan persatuan membeli empat buah mesin hemodialisis disamping beberapa peralatan lain. Sebagai penghargaan kepada EPIC, nama Pusat Dialisis telah ditukarkan kepada Pusat Dialisis EPIC yang beroperasi pada 1 April 2005.
Untuk mempertingkatkan lagi tahap perkhidmatan kami kepad pesakit,Persatuan bersetuju untuk mengadakan Kerjasama dengan Yayasan Kebajikan Negara dan berpindah ke bangunan MBKT, Jalan Hiliran dengan nama YKN Dialisis. YKN Dialisis menjadi projek YKN yang diuruskan oleh persatuan. Pada Ketika ini YKN Dialisis menerima tiga orang pesakit yang tidak mampu, dimana dua orang ditanggung sepenuhnya oleh persatuan dan seorang lagi oleh Yayasan Kebajikan Negara. YKN Dialisis ini mula beroperasi pada 1 Ogos 2007.
Selain YKN Dialisis, persatuan turut menguruskan sebuah lagi pusat dialisis hasil usahasama persatuan bersama MAIDAM. Pada 2 Januari 2010 , Pusat Dialisis Maidam ini beroperasi. Pusat dialisis ini memmulakan operasi dengan berbekalkan modal dan peralatan yang disumbangkan oleh MAIDAM.
Persatuan telah berjaya membuka pusat dialisis tanpa melibatkan Kerjasama mana-mana pihak. Pusat dialisis ini diberi nama sebagai Pusat Dialisis PPBPT yang memulakan operasi pada 18 Mei 2013 yang terletak di Losong,Kuala Terengganu.
Pihak MAIDAM dan persatuan telah membuat Kerjasama untuk kali ke dua iaitu membuka sebuah lagi cawangan yang di uruskan oleh persatuan. Pusat Dialisis tersebut dibuat di lot bangunan yang telah diwakafkan dan juga kelengkapan serta peralatan hasil sumbangan MAIDAM. Hasil kerjasama tersebut diberi nama Pusat Hemodialisis Wakaf Terengganu yang memulakan operasi pada 13 Disember 2022.
Memberikan rawatan yang berkualiti dan berterusan serta mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan arahan Pakar Nefrologi dari masa ke semasa.
Profesionalisma
Sikap Penyayang
Memberikan Perkhidmatan Yang Terbaik dan Bertanggungjawab Kepada Pesakit
Semangat Kerja Berpasukan