Persatuan Pesakit Buah Pinggang Terengganu

Persatuan Pesakit Buah Pinggang Terengganu

INFO KORPORAT

WhatsApp Image 2025-03-13 at 09.56.07_973c61c4

Latar Belakang

PENGENALAN DAN SEJARAH PENUBUHAN

PPBPT telah memulakan aktivitinya dengan membuka perkhidmatan hemodialisis Pusat Dialisis Iman pada 1 Sept 2004 bermula dengan sebuah mesin yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan beberapa peralatan yang disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Dan istiadat Melayu ( MAIDAM ) bertempat di sebuah rumah papan dua tingkat di Kampung Ladang Sekolah.

Seterusnya, Eastern Pasific Industrial Corporation Berhad ( EPIC) kemudiannya telah memberikan sumbangan kepada persatuan. Dengan sumbangan ini, Pusat dialisis yang dahulunya dikenali dengan Pusat Dialisis Iman telah berpindah ke Jalan Sultan Omar, Terengganu. Sumbangan ini juga membolehkan persatuan membeli empat buah mesin hemodialisis disamping beberapa peralatan lain. Sebagai penghargaan kepada EPIC, nama Pusat Dialisis telah ditukarkan kepada Pusat Dialisis EPIC yang beroperasi pada 1 April 2005.

Untuk mempertingkatkan lagi tahap perkhidmatan kami kepad pesakit,Persatuan bersetuju untuk mengadakan Kerjasama dengan Yayasan Kebajikan Negara dan berpindah ke bangunan MBKT, Jalan Hiliran dengan nama YKN Dialisis. YKN Dialisis menjadi projek YKN yang diuruskan oleh persatuan. Pada Ketika ini YKN Dialisis menerima tiga orang pesakit yang tidak mampu, dimana dua orang ditanggung sepenuhnya oleh persatuan dan seorang lagi oleh Yayasan Kebajikan Negara. YKN Dialisis ini mula beroperasi pada 1 Ogos 2007.

Selain YKN Dialisis, persatuan turut menguruskan sebuah lagi pusat dialisis hasil usahasama persatuan bersama MAIDAM. Pada 2 Januari 2010 , Pusat Dialisis Maidam ini beroperasi. Pusat dialisis ini memmulakan operasi dengan berbekalkan modal dan peralatan yang disumbangkan oleh MAIDAM.

Persatuan telah berjaya membuka pusat dialisis tanpa melibatkan Kerjasama mana-mana pihak. Pusat dialisis ini diberi nama sebagai Pusat Dialisis PPBPT yang memulakan operasi pada 18 Mei 2013 yang terletak di Losong,Kuala Terengganu.

Pihak MAIDAM dan persatuan telah membuat Kerjasama untuk kali ke dua iaitu membuka sebuah  lagi cawangan yang di uruskan oleh persatuan. Pusat Dialisis tersebut dibuat di lot bangunan yang telah diwakafkan dan juga kelengkapan serta peralatan hasil sumbangan MAIDAM. Hasil kerjasama tersebut diberi nama Pusat Hemodialisis Wakaf Terengganu yang memulakan operasi pada 13 Disember 2022.

OBJEKTIF PPBPT

Memberikan rawatan yang berkualiti dan berterusan serta mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan arahan Pakar Nefrologi dari masa ke semasa.

Profesionalisma

Sikap Penyayang

Misi

Memberikan Perkhidmatan Yang Terbaik dan Bertanggungjawab Kepada Pesakit

Semangat Kerja Berpasukan

MISI PPBPT

Kami akan memberikan perkhidmatan yang berterusan dengan mengutamakan :-

VISI PPBPT

Menjadi Pusat Dialisis Yang Cemerlang Dalam Aspek :-

Memberikan Perkhidmatan Yang Bermutu Dan Berkualiti dengan Adanya Kakitangan Yang terlatih.

Meningkatkan Kualiti Hidup Pesakit Dan Memberikan Keyakinan Bahawa Penyakit Ini Bukan Halangan Kepada Mereka Untuk Meneruskan Kehidupan Yang Baik.

Memberikan Penjagaan Kesihatan Yang Sempurna Dan Memuaskan.

Shopping Basket

PT 768, Lorong Kubang Buyung, Losong Haji Mat Shafie, 21000 Kuala Terengganu.

09-6252306 (Siti Hajar)

admin@ppbpt.org.my