Persatuan Pesakit Buah Pinggang Terengganu
Persatuan Pesakit Buah Pinggang Terengganu (PPBPT) telah ditubuhkkan pada 30 Ogos 2000. PPBPT ialah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. PPBPT telah memulakan aktivitinya dengan membuka perkhidmatan hemodialisis bermula dengan sebuah mesin yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. PPBPT telah ditubuhkan ketika kemudahan hemodialisis di negeri Terengganu tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan pesakit-pesakit buah pinggang.